Komuniti Penghibur
Gabungan gendang dan pantun itu membawa kepada keserasian dalam bentuk
hiburan. Selain daripada itu juga, hiburan yang menyatupadukan komuniti pemukun
juga jelas dilihat apabila para pemukun saling berbalas-balas pantun yang
berbagai-bagai jenis seperti mengusik, menyindir, pengajaran, lucu dan
sebagainya. Dari situ, mukun ini memperlihatkan bentuk hiburan yang diminati
dan ia menambahkan lagi kemesraan dan keakraban antara pemukun disamping
menghilangkan penat lelah.
Komuniti Pencari
Sumber Pendapatan
Sebagai
penghibur, teknologi juga dapat membantu komuniti pemukun untuk mendapatkan
sumber pendapatan kerana gendang merupakan penyeri dalam bermukun, contohnya
bayaran $100 bagi setiap seorang dan kadangkala dibayar seangkat-angkat hati
oleh orang yang mengundang mereka. Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa
pemukun-pemukun yang melakukan bermukun boleh mendapatkan hasil tambahan sumber
pendapatan mereka.
Komuniti Peniaga
Dengan adanya komuniti penghibur, ada pula
komuniti peniaga iaitu pembuat gendang (tidak semestinya mereka tahu bermukun
ataupun tidak). Harga sebiji gendang dombak mengikut kualiti dan sukatan
gendang dombak itu dibuat. Semakin berharga kayu yang digunakan untuk membuat
gendang maka semakin tinggi juga nilai harga gendang tersebut. Ini jelas menunjukkan
bahawa bermain gendang juga akan memberikan keuntungan dari sudut ekonomi
pembuat gendang.
Komuniti Pembeli
Dengan adanya komuniti peniaga gendang, ada
pula komuniti pembeli gendang sama ada dari komuniti penghibur ataupun tidak.
Ada yang membeli kerana berminat untuk menjadi bahan koleksi gendang dan ada
juga yang membeli kerana mereka pandai menggunakan gendang tetapi tidak tahu
berpantun.
Komuniti Pertemuan jodoh
Komuniti dapat dilihat
melalui teknologi gendang yang seperti mempelawa orang ramai untuk menari
bersama-sama dan berbalas-balas pantun dengan pemantun. Jadi pertemuan jodoh
ini timbul daripada usik-mengusik menerusi jual-beli pantun dengan rentak
pukulan gendang yang dimainkan seperti memanggil untuk menari. Dengan kemerduan
suara si pemantun tadi, dapat menawan hati lelaki yang mengusiknya itu dan
lahirlah perasaan suka sama suka antara mereka.
Komuniti Kebudayaan
Pada majlis keramaian,
tuan rumah akan mengadakan acara bermukun dan menjemput orang ramai untuk
menyaksikan dan memeriahkan acara bermukun. Dengan itu, pemukun-pemukun tadi
akan dapat berkenalan dengan ahli-ahli masyarakat ditempat mereka bermukun itu.
Budaya kunjung mengunjungi ini sudah tentu akan dapat mengeratkan serta
menyatupadukan komuniti.
Komuniti Kesenian
Pantun-pantun yang
didendangkan dalam acara bermukun adalah hasil daripada ciptaan pemukun sendiri
melalui bakat dan kecekapan yang ada pada diri mereka yang diiringi dengan
beberapa alat muzik. Keindahan pantun-pantunnya terserlah kerana didendangkan
secara halus. Antara nilai-nilai yang terdapat dalam pantun-pantun bermukun
ialah, nilai beradab sopan, nilai hormat-menghormati, nilai taat setia, nilai
kasih sayang, nilai mematuhi janji dan nilai berbudi bahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan