Bahan dan Proses Gendang serta Simbolik dan Ekpresif Gendang

Pada waktu dahulu Gendang dibuat daripada kayu hutan. Kayu yang dipakai itu biasanya kayu kenangan hutan. Namun pada masa sekarang sukar untuk mencari kayu kenangan, oleh itu mereka menggunakan teras kayu tibadak atau teras kayu yang lain yang boleh mengeluarkan bunyi gendang yang bagus.
 
Untuk membuat Gendang, haruslah memilih pohon dengan lingkaran kayu yang besar, kemudian dipotong +30/35 hingga 45 cm. Kayu tersebut dilubangi dengan pahat sehingga tipis pada bahagian muka tempat meletakkan kulit dan dibuat agak tipis setebal ibu jari. Pada bahagian belakang dibuat tebal dan diberi lingkaran setebal +1½ jari atau 2 jari. Tujuannya ialah untuk menahan suaranya agar bergema di dalam lalu keluar suara yang bulat sehingga gemanya kedengaran dari kejauhan.

Simbolik
Gendang mempunyai unsur simbolik bulat disebabkan untuk memudahkan pengguna gendang menggunakannya. Gendang yang berbentuk bulat boleh dipangku di atas paha dan memudahkan untuk menggunakannya. Tambahan lagi pembuatan gendang itu menggunakan daripada sumber kayu iaitu menggunakan kulit dari batang kayu atau pokok kayu yang sememangnya berbentuk bulat. Maka hasil dari pembuatan gendang itu juga akan berbentuk bulat.
 
Ekspresif
Jika gendang itu berbentuk lain seperti berbentuk empat segi atau lain-lain lagi maka sudah setentunya pengguna gendang sukar untuk menggunakan atau memainkan gendang tersebut. Begitu juga dengan pembuat gendang akan menghadapi kesukaran untuk menghasilkan gendang yang berbentuk empat segi kerana terlalu banyak kerja yang akan dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan