Komuniti Pemukun

Konsep Komuniti
Komuniti bermaksud sekumpulan manusia yang saling berinteraksi dalam hal sosial, mempunyai hubungan yang rapat dan semangat kerjasama di dalam sebuah ruang yang sederhana dan hubungan mereka ini adalah khusus iaitu mengenali sesama sendiri. Melalui pengertian ini juga, komuniti mukun adalah salah satu daripada golongan gemeinschaft(konsep masyarakat yang diberikan oleh ahli Sosiologi, Ferdinand Tonnies, 1887) yang bermaksud harmoni, mempunyai persamaan secara semula jadi dengan budayanya dan mempunyai kolaborasi secara automatik tanpa dipaksa, saling mempercayai antara satu sama lain dan berasa selesa bersama.

 

Siapakah yang terlibat dalam menyemarakkan mukun? Biasanya peranan pemantun dan pengendang adalah orang yang sama. Apa yang lebih menarik lagi, pemukun ini duduk seperti di dalam ‘kandang’. Tujuannya ialah untuk mengasingkan bagi kawasan pemantun dan pengendang dengan penari dan agar dapat dilihat hubungan antara pemantun dan pengendang itu semakin erat kerana yang berada di dalam ‘kandang’ yang dimaksudkan tadi ialah terdiri daripada kaum perempuan sahaja.

Pada zaman dahulu, penari adalah terdiri daripada kalangan lelaki sahaja dan mereka ini akan berbalas pantun dengan kaum perempuan yang berada di dalam ‘kandang’tadi. Adapun kerana kaum perempuan tidak menari adalah kerana mereka tidak dibenarkan oleh orang-orang tua pada masa itu kerana ia dianggap seperti kurang sopan dan tidak manis jika dilihat. Namun kini, penari boleh dilakukan oleh kaum perempuan juga.

Pengawal mukun juga memainkan peranan semasa acara mukun itu diadakan yang terdiri daripada kaum perempuan yang sudah tua. Pengawal ini juga berhak menegur sesiapa sahaja bertingkahlaku yang tidak sopan dan sekiranya berlaku perkara yang kurang menyenangkan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini (seperti pergaduhan, tingkahlaku yang terlampau, dan sebagainya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan