Pengenalan

Pada ketika dahulu, alat teknologi tidaklah secanggih (ataupun seadanya) yang ada pada masa kini sebagai alat hiburan, apatah lagi dalam teknologi muzik. Malah generasi terdahulu menggunakan teknologi Melayu itu sendiri untuk menghasilkan alat muzik yang terdiri daripada bahan-bahan alam semula jadi. Salah satu daripadanya ialah gendang yang dimainkan oleh pemukun. Bermukun pula merupakan salah satu bentuk hiburan tradisional pada zaman dahulu. Walaupun mukun semakin berkurangan pada masa kini, ia masih masih dapat dikekalkan hingga ke zaman moden ini.


Tujuan kajian adalah untuk mengkaji teknologi gendang yang digunakan dalam acara bermukun dan hubungannya dengan komuniti pemukun. Beberapa obejektif digariskan untuk mencapai tujuan ini, iaitu :
1) Untuk mengenalpasti sejarah kedatangan mukun ke Brunei.
2) Untuk mengkaji secara terperinci teknolohi untuk bermukun yang dilihat dari pelbagai aspek seperti jenis, bahan binaan, proses pembuatan, nila ekspresif dan simbolik serta perkembangannya.
3) Untuk mengkaji komuniti-komuniti yang wujud dari aktiviti bermukun.

Beberapa skop telah diaturkan bagi menghidupkan kajian mengenai mukun, iaitu kajian ini memfokuskan kepada komuniti pemukun yang ada di Daerah Brunei dan Muara dan teknologi gendang yang digunakan oleh pemukun tersebut. Selain itu juga membincangkan sedikit mengenai sejarah kedatangan mukun ke Negara Brunei Darussalam hinggalah penerimaan masyarakat mengenai mukun pada masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan