Cabaran masa depan

Antara cabaran yang agak jelas ialah generasi muda kurang kreatif dalam mencipta pantun dan menghalusi lagu mukun. Dengan kedatangan pengaruh luar, dapat mengikis pemikiran generasi muda untuk mempelajari seni pantun tersebut. Dari sini juga akan menimbulkan kekurangan komuniti pemukun.

Cabaran dari peralatan elektronik yang lebih moden seperti Drum yang sudah meluas penggunaannya di negara ini. Jika tidak ada usaha untuk membendung perkara ini sudah semestinya penggunaan Gendang tradisi akan pupus ditelan oleh budaya Kumpulan Band yang mendapat sambutan pada masa kini.

Gendang juga mempunyai cabaran dari segi bentuk penghasilan contohnya berkemungkinan penciptaan gendang akan diperbuat daripada plastik. Oleh sebab itu, mungkin suatu hari nanti pembuatan gendang akan berubah dan sudah setentunya kualitinya juga turut berubah sama ada berubah kepada bentuk positif atau negatif.

Cabaran lain juga ialah ketidakadaan pembuat gendang yang mahir. Jika tidak ada pengganti yang mewarisi atau mempelajari, maka ilmu pembuatan gendang itu pun berkurangan walaupun hasil pembuatan gendang itu dibukukan dan melalui pengamatan seseorang kerana cara-cara itu belum dapat memadai dalam pembuatan gendang. Bukan itu sahaja, untuk mempelajari penggunaan gendang pun tidak ada sesiapa yang berminat. Ada yang berminat tetapi bukan untuk bermukun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan