Dombak diperbuat
daripada kayu yang sudah sedia berlubang seperti teras tibadak dan teras tarap
serta tidak mudah pecah apabila jatuh atau terhempas. Setengah-setengah orang
memanggil dombak ini sebagai ‘tambur’. Alat ini berfungsi sebagai hiburan dan
dimainkan dalam majlis keramaian yang berbentuk hiburan. Pemainnya terdiri
daripada wanita (bujang atau pun janda). Wanita bersuami jarang sekali menjadi
pemain dombak kerana dikhuatiri perkara-perkara kurang elok terjadi disebabkan
suami cemburu. Konsep bermain dombak ini biasanya antara wanita dan lelaki
berbalas-balas pantun iaitu lelaki menari atau berjoget manakala wanita pula
bergandang (bermain dombak).
Dombak Moden
Dombak moden
diperbuat jauh berbeza dari dombak yang lama. Dombak moden ini mempunyai bunyi yang lebih
kuat daripada dombak yang lama. Walau bagaimanapun, dombak lama mempunyai
bunyi yang bagus dan baik manakala dombak moden mempunyai bunyi yang kuat.
Rampana
Alat ini disebut
juga sebagai ‘repana’. Rampana ini diperbuat daripada sejenis kayu keras
seperti teras tibadak atau banir nangka dan permukaannya ditutup dengan kulit
ikan pari. Badan rampana juga dililit dengan rotan bulat yang disebut ‘sidak’.
Lilitannya itu jangan sampai bertemu hujung kerana rampana memerlukan sedikit
ruang untuk mengeluarkan bunyi apabila dipukul dan untuk memudahkan membuka dan
mengeluarkan sidak dari dalam bungkusan kulit penutup rampana apabila tidak
digunakan.
Jenis
Rampana : Naindung
Rampana Naindung adalah jenis yang terbesar diantara ketiga-tiga rampana yang lainnya. Alat ini dimainkan untuk bernaindung (diselitkan pantun-pantun yang berunsur nasihat dan gurauan khusus untuk pengantin) sahaja dalam majlis berjaga-jaga seperti perkahwinan sebagai hiburan kepada keluarga pengantin yang membuat persiapan sepanjang malam dan untuk hiburan pasangan pengantin yang baru selesai bersanding. Rampana naindung dimainkan oleh kaum perempuan dewasa atau yang sudah bersuami. Ketika bermain, rampana diletakkan di atas pangkuan. Kedua-dua belah tangan berperanan memukul dan meningkah setiap pukulan.

Rebana
Rebana juga salah satu daripada jenis-jenis gendang. Komuniti di Negara Brunei Darussalam juga menggunakan Rebana sebagai salah satu alat teknologi mereka untuk bergendang. Sebenarnya, Rebana merupakan salah satu alat gendang yang dimiliki oleh negara jiran kita Sarawak, Malaysia. Kedatangan Rebana ini tidaklah diketahui bilakah masa dan siapakah yang mula-mula membawa alat gendang Rebana ini ke Brunei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan